Posts

CERITA CITA

Image
Apa khabar semua? Harap dalam keadaan sihat sejahtera semuanya. Maaf kerana sudah terlalu lama tidak kemaskini blog saya kerana kekangan masa. Hari ini saya ingin kongsikan cita-cita saya yang ramai orang tidak tahu. Perkongsian ini sekadar luahan sahaja, tiada niat untuk meraih simpati sesiapa pun kerana cukup lah Allah SWT buat ku.. Cerita bermula sewaktu ayah saya meninggal, saya cuma belajar di tingkatan 4. Keadaan ini bagi saya bagaikan patah sayap serta tidak pasti dengan masa depan diri & keluarga.  Mak sambung perniagaan ayah menjual akhbar untuk sara keluarga kami & setiap hari saya akan tolong mak saya berniaga menjual akhbar dahulu sebelum pergi ke sekolah pagi-pagi & sambung semula selepas balik sekolah di sebelah petangnya. Ramai orang pandang rendah keluarga saya sebab kami cuma menjual akhbar di gerai tepi jalan tapi tidak mengapa, itu lebih baik daripada kami mengharapkan bantuan sesiapa untuk menyara hidup kami. Habis tingkatan 5 permohonan ...

KASIH AYAH, ANAK & JURUJUAL

Image
Assalamkumwbth & selamat sejahtera semua.. Moga semua sihat sejahtera hendaknya, saya ada terbaca sebuah kisah yang menyentuh perasaan saya yang dikongsikan oleh seorang rakan bernama Azamy Syawal dalam mukabuku. Jadi saya kongsikan bersama disini agar kita sama2 dapat mengambil iktibar dari perkongsian ini...Kisah yang ingin saya kongsikan adalah seperti berikut: "KERANA DIA SEORANG AYAH [Kisah Benar sebagai pengajaran dan pedoman buat kalian] bagi yg tengah exam..harap dpt memberi motivasi kepada kalian. Ini bukan gambar ayah & anak tapi hanyalah sebagai gambar hiasan sebab  tak tahu nak letak gambar apa  maka letaklah gambarsendiri.  Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang man...

UNIVERSITI, RANKING & BARAT

Image
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA ANTARA KEDUDUKAN & NILAI             Kalau diikutkan hati, memang tiada niat pun nak tulis entry hari ini (TULIS  ENTRY  BANYAK2 kang orang meluat pulak kan)ha3 . Namun, disebabkan sebuah perbincangan menarik telah berlaku pada hari Khamis antara saya dengan seorang kawan pelajar sarjana yang berasal daripada negara IRAN dalam suatu acara maka dengan terpaksarelanya gagahkan juga diri menulis entry ini pada hari ini. Perbincangannya adalah berkaitan KEDUDUKAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA di carta dunia Ranking yang dikeluarkan oleh QS World Universiti Ranking 2010 , yang ini pula ranking yang dikeluarkan oleh  Thomas Reuters . Seperti kita sedia maklum, sewaktu semua universiti di dunia mengejar untuk mendapatkan kedudukan teratas dalam carta universiti dunia, USM tidak memberi tumpuan kepada perkara tersebut, kerana bagi USM tidak semua perkara boleh dimasukkan dalam RANKING. Kawan Iran saya tu kata, di...

13 PETUA MENDAPAT ILMU SECARA BERKESAN

Image
    Memandangkan minggu ulang kaji telah bermula dan adik-adik pun akan mula menghadapi peperiksaan pada minggu depan maka saya terus update entry kedua saya dengan berkongsi semula nota yang saya buat dahulu dalam FB iaitu 13 petua mendapat ilmu secara berkesan. Apa yang akan saya kongsi bukanlah untuk mendabik dada, jauh sekali untuk meninggi diri. Namun,setelah mendengar keluh kesah daripada rakan2 & adik2 sekalian yg tidak berpuas hati dengan prestasi akademik mereka, tergerak hati saya untuk berkongsi petua yg menjadi amalan saya sepanjang saya menuntut ilmu sejak sekolah rendah lagi. Walaupun saya bukanlah pelajar cemerlang yang mendapat anugerah dekan setiap semester namun rasanya tak salah untuk berkongsi perkara yang elok. Kepada yang cemerlang saya ucapkan tahniah manakala pada yang tidak jangan putus asa..teruskan usaha kerana manusia yang berjaya ialah manusia yang tak pernah putus asa..=) Gambar baby ini hanyalah sebagai hiasan. Baby ini adalah anak ...

LANGKAH BARU KINI BERMULA

Image
Assalamkumwbth & selamat sejahtera semua.... Setelah pertimbangkan cadangan beberapa orang rakan yang mencadangkan saya untuk menulis blog ( tiba-tiba duk buat hottt plak ) akhirnya tergerak hati saya untuk melahirkan blog ini. Pada mulanya persepsi saya pada dunia blog adalah sebuah dunia yang penuh dengan fitnah dan tuduhan palsu. Namun ada tiga blog yang menarik minat saya untuk membaca blog ialah blog abang +Hami Asraff , abang Zack Zukhairi  dan kak Jumie Samsudin .  Boleh dikatakan blog mereka menjadi inspirasi kepada saya untuk menulis blog. Kalau blog abg Hami pula lebih lebih kearah berdakwah secara santai, blog kak Jumie pula macam-macam ada dan blog abg Zack pula penuh ayat-ayat cinta, nostalgia dan lawak jenaka. Awal-awal lagi duk mengumpat pasal blog orang lain pulakkan. Biar saya perkenalkan diri saya terlebih dahulu, s aya seorang jejaka yang berumur awal 20-an, berasal dari Pulau Mutiara (hidup orang Penang) serta berstatus masih lagi belajar dan bu...