Posts

Showing posts from 2013

CERITA CITA

Image
Apa khabar semua? Harap dalam keadaan sihat sejahtera semuanya. Maaf kerana sudah terlalu lama tidak kemaskini blog saya kerana kekangan masa. Hari ini saya ingin kongsikan cita-cita saya yang ramai orang tidak tahu. Perkongsian ini sekadar luahan sahaja, tiada niat untuk meraih simpati sesiapa pun kerana cukup lah Allah SWT buat ku.. Cerita bermula sewaktu ayah saya meninggal, saya cuma belajar di tingkatan 4. Keadaan ini bagi saya bagaikan patah sayap serta tidak pasti dengan masa depan diri & keluarga.  Mak sambung perniagaan ayah menjual akhbar untuk sara keluarga kami & setiap hari saya akan tolong mak saya berniaga menjual akhbar dahulu sebelum pergi ke sekolah pagi-pagi & sambung semula selepas balik sekolah di sebelah petangnya. Ramai orang pandang rendah keluarga saya sebab kami cuma menjual akhbar di gerai tepi jalan tapi tidak mengapa, itu lebih baik daripada kami mengharapkan bantuan sesiapa untuk menyara hidup kami. Habis tingkatan 5 permohonan ...

KASIH AYAH, ANAK & JURUJUAL

Image
Assalamkumwbth & selamat sejahtera semua.. Moga semua sihat sejahtera hendaknya, saya ada terbaca sebuah kisah yang menyentuh perasaan saya yang dikongsikan oleh seorang rakan bernama Azamy Syawal dalam mukabuku. Jadi saya kongsikan bersama disini agar kita sama2 dapat mengambil iktibar dari perkongsian ini...Kisah yang ingin saya kongsikan adalah seperti berikut: "KERANA DIA SEORANG AYAH [Kisah Benar sebagai pengajaran dan pedoman buat kalian] bagi yg tengah exam..harap dpt memberi motivasi kepada kalian. Ini bukan gambar ayah & anak tapi hanyalah sebagai gambar hiasan sebab  tak tahu nak letak gambar apa  maka letaklah gambarsendiri.  Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang man...