13 PETUA MENDAPAT ILMU SECARA BERKESAN


    Memandangkan minggu ulang kaji telah bermula dan adik-adik pun akan mula menghadapi peperiksaan pada minggu depan maka saya terus update entry kedua saya dengan berkongsi semula nota yang saya buat dahulu dalam FB iaitu 13 petua mendapat ilmu secara berkesan. Apa yang akan saya kongsi bukanlah untuk mendabik dada, jauh sekali untuk meninggi diri. Namun,setelah mendengar keluh kesah daripada rakan2 & adik2 sekalian yg tidak berpuas hati dengan prestasi akademik mereka, tergerak hati saya untuk berkongsi petua yg menjadi amalan saya sepanjang saya menuntut ilmu sejak sekolah rendah lagi. Walaupun saya bukanlah pelajar cemerlang yang mendapat anugerah dekan setiap semester namun rasanya tak salah untuk berkongsi perkara yang elok. Kepada yang cemerlang saya ucapkan tahniah manakala pada yang tidak jangan putus asa..teruskan usaha kerana manusia yang berjaya ialah manusia yang tak pernah putus asa..=)
Gambar baby ini hanyalah sebagai hiasan. Baby ini adalah anak kawan saya yang baru lahir tahun ini. Baby ini comelkan? Baby memang sentiasa comel. 

PETUA2nya ADALAH SEPERTI BERIKuT :


  1. Paling utama ialah membetulkan niat kita datang menuntut ilmu. Kerana niat yang baik & ikhlas akan sentiasa mendapat pertolongan yang tak terduga..( seperti yg sedia maklum, niat yg baik akan mendapat pahala walaupun belum mula mengamalkannya & kalau amalkannya pahalanya akan berganda pula )
  2. Rajin2lah duduk di barisan paling depan sekali semasa kuliah atau kelas tutorial mahupun apa2 majlis ilmu ( Ilmu lebih mudah diserap apabila duduk paling hampir dengan guru ) Lagi pun duduk dibarisan hadapan dpt mengelakkan kita drp bersembang dlm kelas & tidur krn sentiasa dilihat olh guru.
  3. Beri tumpuan sepenuhnya dalam kelas. Hal ini kerana penerangan guru adalah penting semasa dalam kelas. Kalau tidak berkemungkinan kita tidak memahami sesuatu yang memerlukan penerangan lanjut. Buat nota ringkas.
  4. Elakkan sikap bodoh sombong.,bodoh xblh diajar,sombong xblh ditegur. Jadi rajinlh bertanya kepada guru @ pensyarah kalau tidak memahami sesuatu..JGN MALU utk bertanya soalan krn takut kwn2 ingat kita bodoh..( INGAT kwn2 yg kita malukan itu tidak akan membantu semasa nak jwb exam nanti..jadi tanya ja)
  5. Penuhi kedatangan kelas. Seboleh-bolehnya.,elakkan drp ponteng kelas. (kegagalan menghadiri kelas boleh merugikan diri kerana mungkin terlepas ilmu & maklumat penting yg diberikan oleh guru)
  6. Hormat guru. Seboleh2nya elakkan gosip2 @ kutuk2 guru walaupun anda xsuka guru tersebut takut hilang keberkatan ilmu. Jangan lupa untuk memberikan SALAM & SENYUMAN sewaktu berselisih / berjumpa dengan guru kerana senyuman ikhlas boleh mempositifkan pandangan guru terhadap kita. Budi bahasa yang baik juga menjadi cerminan didikan ibubapa kita..=)
  7. Mulakan study group sejak awal lagi & jangan tunggu hingga minggu ulangkaji baru nak buat study group.
  8. Jauhi sifat kedekut ilmu.,kerana lagi banyak ilmu yang kita kongsi,lagi banyak ilmu yang kita dapat.
  9. Banyakkan minum air puteh dan jauhi minuman berkarbonat @ bergas. Kalau boleh minum air Yasin yg dibaca sendiri @ dibacakan oleh ibu kerana boleh menerangkan hati kita. Disamping itu, jaga pemakanan pastikan makanan yang diambil tu adalah halal.
  10. Ulangkaji pelajaran amat penting.,cuba ingat semula apa yg guru@pensyarah ajar dlm kelas & belajar ikut keselesaan anda. Waktu yang baik untuk ulangkaji ialah selepas subuh,wktu ini minda kita segar & memudahkan penyerapan ilmu.
  11. Banyakkan berdoa. Doa merupakan senjata paling utama orang-orang mukmin.,terdapat banyak buku2 doa yg terdapat dipasaran kalau xmau beli pinjam dari kwn. Baca doa setiap kali mula/habis belajar, masuk/keluar kelas,masuk dewan exam & selepas habis exam. ( doa membolehkan kita mendpt ketenangan hati & kayakinan utk jwb exam )
  12. Buat jugalah solat hajat memohon kpd Yang Maha Esa agar diberikan kejayaan kpd diri & rakan2.
  13. Akhir sekali setelah melakukan segala usaha yg telah kita lakukan kita mestilah bertawakal & berserah kepada Allah.


            Petua-petua ini sekadar perkongsian amalan saya mungkin ada banyak lagi petua-petua selain drp ini. Jika rakan-rakan rasa nak amalkan petua2 ini silakan,& kalau mendapat keputusan yang cemerlang pada akhirnya itu adalah kerana Allah SWT semata2..,kalau xberjaya mungkin ada kelemahan dlm diri kita sendiri.Sekian.

RENUNG2KAN & SELAMAT BERAMAL..(^_^)~Silalah share kalau nak berkongsi petua ni dgn rakan2 anda.

Comments

  1. terima kasih abg haja..insyaallah, saya cuba amalkan apa yang tidak diamalkan.. :)

    ReplyDelete
  2. thanks abg haja kalu xda halangan akn cuba ikut

    ReplyDelete
  3. Thanks...insykallah sya akn cuba sdaya upaya utk mngmlknnya..:)

    ReplyDelete
  4. Sama2 semua... selamat mengamalkannya.. =)
    All the best for the exam..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

CERITA CITA

UNIVERSITI, RANKING & BARAT

KASIH AYAH, ANAK & JURUJUAL