LANGKAH BARU KINI BERMULA

Assalamkumwbth & selamat sejahtera semua....


Setelah pertimbangkan cadangan beberapa orang rakan yang mencadangkan saya untuk menulis blog (tiba-tiba duk buat hottt plak) akhirnya tergerak hati saya untuk melahirkan blog ini. Pada mulanya persepsi saya pada dunia blog adalah sebuah dunia yang penuh dengan fitnah dan tuduhan palsu. Namun ada tiga blog yang menarik minat saya untuk membaca blog ialah blog abang +Hami Asraff, abang Zack Zukhairi dan kak Jumie Samsudin. Boleh dikatakan blog mereka menjadi inspirasi kepada saya untuk menulis blog. Kalau blog abg Hami pula lebih lebih kearah berdakwah secara santai, blog kak Jumie pula macam-macam ada dan blog abg Zack pula penuh ayat-ayat cinta, nostalgia dan lawak jenaka. Awal-awal lagi duk mengumpat pasal blog orang lain pulakkan.

Biar saya perkenalkan diri saya terlebih dahulu, saya seorang jejaka yang berumur awal 20-an, berasal dari Pulau Mutiara (hidup orang Penang) serta berstatus masih lagi belajar dan bujang walaupun dah tua bangka.ha3.. Saya suka menulis status fb yang panjang-panjang. haha3 Setiap orang pasti akan melalui suka dan duka dalam kehidupannya, samalah juga seperti saya. Mungkin penghujung kehidupan dunia (mati) kita sama namun pengalaman kita menuju ke penghujung kehidupan dunia adalah berbeza. Mungkin pandangan kita juga berbeza. Jadi saya akan jadikan blog ini sebagai perkongsian pada apa yang saya rasa dan apa yang saya lihat dari mata hati saya sebagai seorang manusia biasa. 


Dalam blog saya mungkin ada tawa, ada marah, ada air mata, ada pedih dan segala rasa. Berkaitan cara penulisan saya pula, saya akan gunakan sebaik mungkin bahasa melayu yang sempurna yang mungkin ada sedikit campuran dialek utara. Bukan nak skema tapi kalau kita sendiri tak memartabatkan bahasa kebangsaan kita, siapa lagi harus kita harapkan. 

Saya akan bertanggungjawab ke atas apa yang saya tulis namun saya tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan/kerugian dan kegilaan kalian akibat daripada maklumat hasil penulisan saya ini. Seandainya ada yang tidak sama pandangan dan pegangan dengan saya, itu adalah hak masing-masing dan terpulang sama ada nak terima atau tidak pandangan tersebut namun sekiranya kita berkongsi pandangan dan pengetahuan tersebut maka kita boleh meraikan kepelbagaian pandangan dan menambahkan pengetahuan. 

Berkenaan tema blog pula, saya tidak punyai apa-apa tema yang khusus. Saya akan menulis apa sahaja yang saya rasa ingin luahkan dan kongsikan bersama semua. Rasanya sudah cukup mukadimah untuk perasmian entry yang pertama ini. Maka dengan Kalimah BISMILLAH, saya merasmikan sendiri blog saya ini. =) Salam perkenalan buat semua. Kita berjumpa lagi dalam entry yang akan datang.

Sekian, Wasalamkumwbth
Yang benar
Haja Mydin 

Comments

  1. teruskn usaha abg haja,, do read mine too :) nurainamardiah.blogspot.com :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih adik.. abg dah follow blog adik..

      Delete
    2. Lupa nak habaq...tahniah ya adik..adik jadi orang pertama yang rasmikan komen di blog abg.. =)

      Delete
    3. oh ye ? terima kasih jugak :)
      hahahaah sama2 abg haja,,
      teruskan usaha abg haja post entry ye :D

      Delete
  2. tahniah! selamat menulis..hope haja akan menjadi penulis yang baik dan berpengaruh disamping menggalas tanggungjawab sebagai ketua yang berhemah dan teleransi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kawan.. Tahniah anda jadi orang kedua terawal yang komen di blog saya..ha3 Terima kasih atas ucapan & doa, InsyaALLAH saya akan usahakan yang terbaik buat semua..

      Delete
    2. ooh tahniah jer? freegift takdak? haha ok nanti boleh promot bantal gaza kt blog ni kan eheh..

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

CERITA CITA

UNIVERSITI, RANKING & BARAT

KASIH AYAH, ANAK & JURUJUAL