UNIVERSITI, RANKING & BARAT
![]() |
| UNIVERSITI SAINS MALAYSIA |
ANTARA KEDUDUKAN & NILAI
Kalau diikutkan hati, memang tiada niat pun nak tulis entry hari ini (TULIS ENTRY BANYAK2 kang orang meluat pulak kan)ha3. Namun, disebabkan sebuah perbincangan menarik telah berlaku pada hari Khamis antara saya dengan seorang kawan pelajar sarjana yang berasal daripada negara IRAN dalam suatu acara maka dengan terpaksarelanya gagahkan juga diri menulis entry ini pada hari ini. Perbincangannya adalah berkaitan KEDUDUKAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA di carta dunia Ranking yang dikeluarkan oleh QS World Universiti Ranking 2010, yang ini pula ranking yang dikeluarkan oleh Thomas Reuters. Seperti kita sedia maklum, sewaktu semua universiti di dunia mengejar untuk mendapatkan kedudukan teratas dalam carta universiti dunia, USM tidak memberi tumpuan kepada perkara tersebut, kerana bagi USM tidak semua perkara boleh dimasukkan dalam RANKING. Kawan Iran saya tu kata, dia menghormati pandangan Naib Canselor USM, Prof. Dato Omar Osman bahawa nilai yang dibawakan oleh sesebuah universiti tidak boleh dinilai namun kata kawan saya lagi, kedudukan universiti itu penting untuk menarik minat orang masuk ke universiti tersebut. LALU SAYA TANYA DIA, KENAPA PILIH USM sedangkan UM mendahului senarai tersebut?? Dia jawab, dia pilih USM kerana dia suka dengan suasana Pulau Pinang yang tidak begitu sibuk.
![]() |
| Ini sewaktu aktiviti Sukarelawan USM Bantu Mangsa Banjir di Perlis beberapa tahun yang lalu |
![]() |
| Membersihkan kawasan sekolah yang telah dilanda banjir di Perlis |
Saya bagitau kawan saya, tidak semua perkara boleh diukur. Betullah langkah USM untuk abaikan sahaja pihak-pihak yang cuba mengukur ranking universiti kerana setiap universiti mempunyai caranya tersendiri untuk membangunkan universitinya. Manakala nilai-nilai yang cuba dibawakan oleh universiti itu mungkin tidak boleh diukur secara kuantitatifnya. Seperti yang kita sedia maklum USM terkenal dengan konsep KELESTARIANNYA & INSANIVERSITINYA.. Bagi USM Golongan Keterbawah (The Bottom Billion) menjadi keutamaan dalam menaburkan jasanya. Hal ini kita boleh lihat dengan projek atau kajian yang dijalankan oleh USM sentiasa menekankan konsep kelestarian & memberi sumbangan kepada masyarakat sekitar mahupun negara. Antara projek yang terkenal yang telah dijalankan oleh USM ialah Mengharamkan POLISTERIN dalam kampus, Projek Pokok Pisang yang terkenal, Kajian Mee Diet, Baktisiswa, Dewan Parlimen Pelajar, Sukarelawan, Tabung Pendidikan Palestin dan banyak lagi sumbangan serta program yang dianjurkan bagi membangunkan nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan. Bagi USM, pelajarnya bukanlah sebuah produk yang dihasilkan oleh kilang yang digelar sebagai UNIVERSITI untuk memenuhi pasaran perkerjaan tetapi universiti adalah sebuah tempat untuk membina kemanusiaan & tempat membangunkan insan yang kembali berjasa kepada negara, bangsa & agama. Kami Memimpin menjadi moto USM selaras dengan tindakannya yang sering memimpin dalam sebarang usaha dan idea. Sekiranya kita lihat adakah nilai-nilai yang diperjuangkan oleh USM ini boleh diukur secara kuantitatif?? Kawan saya kata tidak boleh.
![]() |
| KEM KEPIMPINAN YANG DIJALANKAN DI SG. PERAK 4 TAHUN LALU |
Saya sambung lagi menerangkan kepadanya, itulah menjadi masalah kini bahawa ada perkara yang memerlukan kita menggunakan cara KUALITATIF bagi mengukur kedudukan. Malah sekiranya kita lihat, ranking atau kayu ukur yang ditetapkan adalah oleh orang-orang Barat. Jadi jangan haraplah universiti-universiti ASIA menjadi no 1 dalam ranking dunia. Walau apa pun perkara YANG TERBAIK MESTILAH BARAT, SEGALA YANG TERKEBELAKANG adalah ASIA & negara2 yang sewaktu dengannya. Pengganas adalah negara ISLAM, HERO adalah AMERIKA & sekutunya. Dalam media mereka sendiri pernahkah mereka paparkan perkara yang baik tentang negara-negara Islam & negara2 ASIA yang lain? Jawapannya semestinya tidak. Universiti yang terbaik adalah universiti mereka, sistem ekonomi terbaik adalah ekonomi mereka, sistem politik yang terbaik adalah sistem mereka. NAMUN KITA SEDIA MAKLUM bahawa KUASA EKONOMI BESAR DUNIA dipimpin oleh negara CHINA dan Kepakaran IT & PERUBATAN dikuasai oleh INDIA. Dari segi keamanan pula, bila ISRAEL menyerang PALESTIN & mengancam IRAN kuasa besar dunia hanya terdiam membisu malah menyokong pula ISRAEL. Secara kesimpulannya apa yang Barat lakukan hanyalah mahu menunjukan kepada dunia bahawa merekalah yang terbaik DAN yang lain GAGAL MENYAINGI mereka.
![]() |
| PROGRAM 2 JAM TANPA KENDERAAN BERMOTOR DI USM 4 TAHUN LALU |
Saya bagi dia satu analogi (perumpamaan), iaitu sekiranya untuk mendapatkan pengiktirafan sebuah binaan itu sebagai rumah yang esklusif maka ianya memerlukan binaan yang kukuh, lokasinya yang strategik serta mempunyai asas binaan sebuah bangunan yang mewah. Jika kesemua perkara ini dipenuhi maka ianya akan diitiraf sebagai esklusif namun pengiktirafan tersebut tidak mengambil kira samaada penghuni rumah tersebut bahagia atau tidak mempunyai nilai kekeluargaan yang kukuh atau tidak, apa yang diiktiraf adalah perkara yang mereka boleh ukur sahaja namun nilai & kemanusiaan dilupakan oleh mereka. Perkara inilah yang berlaku dalam pengiktirafan kedudukan universiti tersebut. Hal ini juga dikatakan oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia bahawa "Tidak ada makna sesebuah universiti memenuhi kedudukan ranking yang begitu baik, tetapi ia tidak dapat hendak menyumbang secara mantap kepada apa yang diperlukan negara," katanya pada sidang media selepas melancarkan buku inisiatif-inisiatif terpilih APEX, Universiti Sains Malaysia (USM) pada 7 Mei 2012. BEGITU, kita sebagai Universiti APEX (Accelerated Programme for Excellence) mempunyai tanggungjawab untuk meletakkan USM antara 100 universiti terbaik dunia dalam tempoh 5 tahun dan dalam senarai 50 universiti terbaik dunia menjelang tahun 2020. Walaupun USM tidak mengejar kedudukan dan pengiktirafan NAMUN (sekali lagi), harapan dan cita-cita negara tergalas di bahu kita dan KITA SEDANG BERGERAK LAJU menuju kearah itu. Seperti kata Tan Sri Prof Dzulkifli (Mantan Naib Cabselor USM) dahulu, KEGAGALAN BUKAN SATU PILIHAN dalam menggalas amanah negara ini sebagai universiti Apex. Setiap warga dalam USM menggalas amanah dan tanggungjawab ini malah semua universiti di Malaysia dan pelajarnya juga bertanggungjawab dalam hal ini. Universiti Apex bukan cita-cita seorang individu atau sekumpulan manusia tetapi ia adalah IMPIAN dan HARAPAN sebuah negara, maka seluruh rakyatnya bertanggungjawab dalam memikul amanah tersebut. Tak perlu dengki dan iri hati dengan USM, kalau USM berjaya mencapai targetnya maka kebanggaan tersebut bukan pada USM sahaja tetapi KEBANGGAAN KEPADA NEGARA DAN KITA SEBAGAI RAKYATNYA.
![]() |
| BERSAMA TAN SRI DZULKIFLI DALAM PROGRAM BEBOLA LUMPUR TASIK HARAPAN 3 TAHUN LALU |
Jadi jangan risau, tiada apa yang mustahil untuk dicapai oleh kita dalam dunia ini. Cuma kita tidak boleh terpengaruh dengan strategi Barat yang sentiasa meletakkan kita sebagai kelas kedua dan dilihat tidak bertamadun pada mata mereka. Sekiranya ketamadunan ialah kebebasan seksualiti maka kita tak perlukan ketamadunan sebegitu, sekiranya pembangunan ialah penindasan keatas negara-negara yang lemah maka kita tak perlukan pembangunan begitu dan sekiranya ranking dunia hanya pada kuantiti semata-mata kita tidak perlukan ranking yang sebegitu. KUANTITI UNIVERSITI kita biarlah juga diiringi dengan KUALITI. Hasrat dan cita-cita besar negara dan universiti kita tidak hanya boleh dicapai dengan memberi kritikan dan komen. Kritikan itu bagus namun kalau sekadar memberi kritikan sahaja tidak akan memberi apa-apa perubahan, ianya perlulah diiringi oleh cadangan dan usaha kita sendiri sebagai sumbangan dalam pembangunan cita-cita tersebut. Seperti mana yang Allah SWT telah berfirman bahawa Dia tidak akan mengubah nasib sesiapa/mana2 kaum kecuali orang/kaum itu sendiri berusaha untuk mengubah nasib mereka (Ar-Ra’d: 11). Oleh itu kita mestilah memastikan diri kita menjadi orang yang memberikan sumbangan bukannya menjadi sumbang dalam usaha mengejar cita-cita negara serta memartabatkan maruah universiti, bangsa, negara & paling penting AGAMA... Kita tak perlu menjadi Pengerusi PBB dalam memberi sumbangan namun sebagai pelajar, individu, staf, organisasi & masyarakat juga boleh memainkan peranan tersendiri dalam mengejar matlamat tersebut. TIADA GUNA KITA BELAJAR DI UNIVESITI TEBAIK DUNIA SEKALI PUN ANDAI MINDA KITA HANYALAH MINDA KELAS KE-3 & TIADA KREATIVITI & NILAI TAMBAH DALAM DIRI KITA. Ini bukan leteran tapi ini hanyalah luahan & pandangan dari saya. Terpulang pada yang membaca samada ingin menerima atau menolak, pilihan tetap ditangan kalian. Sekian.
![]() |
| PERSAHABATAN |
![]() |
| BUNGA YANG UNIK & CANTIK INI TERDAPAT DALAM USM Kita juga seperti bunga ini, keunikan kita adalah kekuatan kita. |








satu benda yang menarik saya rasa ranking tidak diperlukan yang penting pelajar yang keluar nanti janganlah hanya sebagai produk universiti sebab tanpa soft skill dan kemahiran lain garduan yang keluar susah untuk mendapat kerja ranking hanya pada nombor sahaja jika mahasiswa tak elok maka ranking hanyalah sia2
ReplyDeleteadik tau takpe.. =)
DeleteBiarlah perangai & minda seiring dengan taraf sebagai MAHAsiswa...kan.. tak kiralah kita belajar di universiti manapun.
setuju2...mahasiswa bkn dihasilkan utk pasaran kerja semata2 dan mengejar rangking akedamik semata-mata tetapi membentuk insaniah yg mantap juga..ilmu dalaman sememangnyer tidak boleh diukur dengan kuantiti mahupun kualiti..chayok3
ReplyDeletebetul tu.. =)
Deletemenarik..t.kasih..
ReplyDeleteTerima kasih untuk komen.. sama2 =)
Deletei agree with u....
ReplyDeleteTerima kasih bagi semua insan yang sudi meluangkan masa membaca & meninggalkan komen di entry saya ini.. terima kasih untuk sokongan kalian semua.. =)
ReplyDeleteletoppppppssss...
ReplyDeleteterima kasih ezal untuk baca, komen & promote blog aku ini.. =)
Delete