KASIH AYAH, ANAK & JURUJUAL
Assalamkumwbth & selamat sejahtera semua..
Moga semua sihat sejahtera hendaknya, saya ada terbaca sebuah kisah yang menyentuh perasaan saya yang dikongsikan oleh seorang rakan bernama Azamy Syawal dalam mukabuku. Jadi saya kongsikan bersama disini agar kita sama2 dapat mengambil iktibar dari perkongsian ini...Kisah yang ingin saya kongsikan adalah seperti berikut:
"KERANA DIA SEORANG AYAH
[Kisah Benar sebagai pengajaran dan pedoman buat kalian] bagi yg tengah exam..harap dpt memberi motivasi kepada kalian.
![]() |
| Ini bukan gambar ayah & anak tapi hanyalah sebagai gambar hiasan sebab tak tahu nak letak gambar apa maka letaklah gambarsendiri. |
Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.
Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - "Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. "Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.
"Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, Terima Kasih ya...". Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.
Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.
Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin.."
P/s: Ini adalah realiti yang dilalui oleh ayah-ayah & ibubapa kita diluar sana.. Persoalannya sejauh mana kita menghargai pengorbanan mereka dalam membesarkan kita.. Persoalannya, adakah kita seperti anak yang diceritakan dalam kisah diatas yang tidak menyedari kesusahan keluarga sendiri hingga hanya tahu ingin bergaya & memenuhi keinginannya sahaja? Saya biarkan persoalan ini bermain difikiran kalian & anda munasabah diri sendiri, semoga kita semua menjadi anak yang soleh & soleha yang menjadi penyejuk mata & hati ibubapa kita.. Kalian juga boleh share perkongsian ini bersama rakan-rakan anda, saya beri kebenaran siap-siap. Sehingga kita bertemu di entry yang seterusnya... Sekian
P/s: Ini adalah realiti yang dilalui oleh ayah-ayah & ibubapa kita diluar sana.. Persoalannya sejauh mana kita menghargai pengorbanan mereka dalam membesarkan kita.. Persoalannya, adakah kita seperti anak yang diceritakan dalam kisah diatas yang tidak menyedari kesusahan keluarga sendiri hingga hanya tahu ingin bergaya & memenuhi keinginannya sahaja? Saya biarkan persoalan ini bermain difikiran kalian & anda munasabah diri sendiri, semoga kita semua menjadi anak yang soleh & soleha yang menjadi penyejuk mata & hati ibubapa kita.. Kalian juga boleh share perkongsian ini bersama rakan-rakan anda, saya beri kebenaran siap-siap. Sehingga kita bertemu di entry yang seterusnya... Sekian

Memang satu perkara yang sering berlaku dalam kehidupan manusia. kadangkala mereka tak sedar kesusahan yang ibu bapa mereka alami kerana ibu bapa itu sendiri mencuba sedaya upayanya untuk tidak memperlihat kesusahan yang dialami. Ibu bapa sememangnya semahu mungkin memenuhi keperluan dan keinginan anak-anaknya. Itulah kasih sayang mereka yang tak berbelah bahagi. Namun begitu anak-anak pasti akan sedar satu hari nanti betapa banyaknya pergorbanan yang telah dilakukan oleh ibu bapa dan penjaga mereka. Hargai setiap apa-apa perkara yang mereka lakukan.
ReplyDeleteI am so touched my dear bro.....I feel it very much even though I never put my parents under such situation before BUT I can see and feel the struggles of each parents who came from middle class families and those from poor family. Ya Allah please lessen the burden of the parents and bless them with good rezeki and bless the child with heart so that she/he will understand the struggle of their parents and have some mercy on them......
ReplyDeletethanks for making me cry,haja.. and its a good lesson for all of us..
ReplyDeletesangat menyentuh perasaan..betapa besarnya pengorbanan seorang ayah hanya untuk membuat anaknya gembira..
ReplyDeletemasyallah pengorbanan ibu bapa terlalu besar untuk kite sbg anak anak,, sgt menyayat hati kisah ni,, hargailah mereka selagi nafas kite masih berderu dalam muka bumi ini,, insyallah,, hargailah ibu bapa kite,,
ReplyDeletetanpa ayah..ibarat patahnya sebelah sayap ank2mu ini...
ReplyDelete