CERITA CITA
Apa khabar semua? Harap dalam keadaan sihat sejahtera semuanya. Maaf kerana sudah terlalu lama tidak kemaskini blog saya kerana kekangan masa. Hari ini saya ingin kongsikan cita-cita saya yang ramai orang tidak tahu. Perkongsian ini sekadar luahan sahaja, tiada niat untuk meraih simpati sesiapa pun kerana cukup lah Allah SWT buat ku..
Cerita bermula sewaktu ayah saya meninggal, saya cuma belajar di tingkatan 4. Keadaan ini bagi saya bagaikan patah sayap serta tidak pasti dengan masa depan diri & keluarga. Mak sambung perniagaan ayah menjual akhbar untuk sara keluarga kami & setiap hari saya akan tolong mak saya berniaga menjual akhbar dahulu sebelum pergi ke sekolah pagi-pagi & sambung semula selepas balik sekolah di sebelah petangnya. Ramai orang pandang rendah keluarga saya sebab kami cuma menjual akhbar di gerai tepi jalan tapi tidak mengapa, itu lebih baik daripada kami mengharapkan bantuan sesiapa untuk menyara hidup kami.
Habis tingkatan 5 permohonan maktab saya tidak berjaya maka pilihan yang ada cuma tingkatan 6. Mak & kakak sayalah yang memberi semangat sehingga saya berjaya ke Tingkatan 6. Lagi pun tingkatan 6 tidak memerlukan kos yang tinggi seperti belajar di tempat lain. Maka Alhamdulillah selesai mengambil STPM dengan selamat.
Ingatkan pelajaran saya tamat setakat STPM sahaja sebab ianya sudah cukup tinggi bagi saya tetapi rezeki Allah amat besar kerana saya dapat tawaran sambung Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian di USM selama 3 tahun dengan tajaan PTPTN untuk sara diri & kos belajar.. Dengan PTPTN lah berjimat cermat agar tidak meminta wang dengan keluarga untuk sara diri di universiti. Apa yang lebih mengharukan ialah rezeki Allah wang PTPTN tersebut sentiasa ada dalam akaun sewaktu kawan-kawan yang lain mengeluh kehabisan wang dan terpaksa meminta wang saku daripada ibu & ayah mereka. Wang PTPTN saya pula ada lebihan lagi beberapa ratus sewaktu saya tamat belajar. Segala puji hanya milik-NYA..
Tamat sahaja belajar Sarjana Muda Komunikasi, saya rasakan ini adalah kejayaan yang membanggakan keluarga saya kerana itu adalah tahap tertinggi saya boleh pergi. Namun dalam hati saya semangat tetap membara untuk sambung belajar ke peringkat lebih tinggi. Saya minta kebenaran mak saya untuk sambung belajar master kerana kerajaan ada memberikan bantuan yuran kepada orang sambung master & phd (MyBrain). Malah tempoh belajar master tidaklah selama mana seperti degree. Mak saya pun akur setelah dipujuk oleh kakak saya & saya walaupun mak saya mengeluh tidak larat untuk jaga gerai lagi sebab sakit kaki (berikutan penyakit kencing manisnya) dan lain-lain.
Apabila saya maklumkan hajat saya ini kepada beberapa orang saudara, ada yang cadangkan saya pergi berkerja & ada yang berkata orang yang hidup susah tak perlu belajar tinggi-tinggi. Namun saya pekakkan telinga & tetap dengan keputusan saya untuk sambung belajar. Lagipun yuran pengajian saya bukan mereka yang tanggung.
Dengan limpah kasih Yang Maha ESA, saya pun menerima tawaran untuk sambung belajar Sarjana Sastera (Komunikasi) (Master) di USM. Sungguh saya tak pernah bermimpi untuk sampai ke tahap ini. Semua ini adalah aturan Yang Maha ESA yang saya terima dengan tangan yang terbuka. Siapalah saya untuk mengatakan tidak pada rezeki Allah ini.
Kini saya tunggu masa untuk Viva (ujian lisan laporan kajian yang akan menentukan lulus & gagalnya master). Saya mengharapkan segalanya berjalan dengan lancar. Moga Allah SWT permudahkan segalanya. Kesusahan & keperitan yang saya alami sewaktu belajar hanya Allah SWT sahaja yang tahu namun segalanya dapat diatasi dengan bantuan Allah SWT, ada sahaja rakan & kenalan yang menghulurkan bantuan. Saya mendoakan moga mereka dilimpahi kasih & rahmat Yang Maha ESA. Tidak perlu saya menceritakan siapa mereka & apa masalah yang saya hadapi kerana cukuplah Allah SWT yang tahu lagipun itu bukan topik perbincangan hari ini. Mungkin saya boleh ceritakan di lain waktu.
Sekiranya tiada halangan, InsyaAllah saya akan bergraduasi master bulan 9 ini. Ramai yang bertanya tak mahu sambung PHD ka? Bukan saya tidak mahu sambung, Hajat Di hati memang nak tapi taknaklah jadi terlalu pentingkan diri. Kenalah bagi mak saya berehat pula selepas bertahun berniaga dihujan & panas. Yang penting hajat saya untuk sambung master dah tercapai & berjaya buktikan kepada orang2 yang HINA keluarga saya bahawa kami juga boleh pergi jauh walaupun tiada duit berkepul di poket dan di bank. Mungkin waktu ini kami nampak hina di mata sesetengah orang kerana kami tiada rumah sendiri, kereta mewah dan kuasa namun cukuplah Allah SWT bagi kami. Sekiranya ada rezeki saya akan sambung PHd pula & saya akan buktikan bahawa orang yang tidak kaya & anak yang yatim juga mampu pergi lebih jauh dengan usaha & keyakinan yang tinggi pada Allah SWT.
Jangan kita jadikan alasan miskin & susah untuk berhenti menuntut ilmu dan saya sangat pelik apabila melihat makhluk2 yang diberikan peluang oleh Allah SWT untuk menuntut ilmu tetapi mereka mensia2kannya & tidak bersyukur. Mereka masih ada ibubapa, kos belajar mak bapa tanggung, diberi segala teknologi & kemudahan, berharta tapi sayangnya mereka tidak tahu menghargainya. Kasihan melihat mereka dan keluarga mereka. Hanya orang penat naik tangga untuk sampai keatas sahaja tahu nikmat berada diatas & tahu berterima kasih serta menghargai tangga. Orang yang guna lift untuk naik tidak akan & tidak pernah akan mengerti keperitannya. Apa-apa pun doakan yang terbaik buat semua. Selamat berjuang.
Ini merupakan gambar kenangan konvo bersama rakan-rakan sepengajian sewaktu sarjana muda.


AAMIN
ReplyDelete=) doakan agar segalanya menjadi yang terbaik buat kita semua..
Deleteterbaik abang haja... doakan suu dapat sambung master jugak yer,,, Aminn...
ReplyDeleteAminnn... InsyaALLAH.. Moga adik dapat menjadi insan yang berjaya didunia & akhirat..
DeleteTerima kasih kerana sudi membaca penulisan abg.. =)
insyaAllah kita semua akan menjadi orang yang hebat dalam bidang masing-masing
ReplyDeleteAminn.. InshaAllah... Semoga Allah SWT makbulkan semua dia kita.. =)
Deletesemangat yg penting... dimana ada kemahuan,disitu ade jln.. :)
ReplyDeleteInshaAllah.. Alhamdulillah dah habis pengajian master. Sekarang doakan untuk PhD pula..
Deletewow hebat....terbaiklah abng haja :P all the best :P
ReplyDeleteBiasa sahajalah adik.. Sama-sama kita semua berusaha menjadi yang terbaik. Terima kasih atas kelapangan dan kesudian membaca blog abang.
Deleteterbaiklah abg saya harap boleh jadi setabah abang dalam mengahrungi keperitan...btw gud lux for viva
ReplyDeleteAminnn... InshaAllah.. terima kasih atas ucapan. Alhamdulillah.. dah habis master 4 tahun lalu.
DeleteMoga dipermudahkan semuanya untuk Viva nanti
ReplyDeleteAlhamdulillah.. terima kasih atas doa. Sekarang tunggu tamatkan PhD pula. Doakan ye.
Deletesemoga dipermudahkan utk viva nnt abg haja.. setiap ujian itu ada makna yg Allah nak kita kutip.. semoga kita akan menjadi muslim yg lebih baik...
ReplyDeleteInshaAllah.. Aminnn... Doa yang sama juga untuk adik. Terima kasih atas doanya.
Deletesemoga Allah mempermudahkan urusan abang...jadikan cacian dan hinaan i2 sebagai pmbakar semangat...in sHaAllah buktikan kata ank penang boleh....kikiki
ReplyDeleteAminnnn... InshaAllah.,semoga Allah SWT permudahkan segala urusan kita. Terima kasih atas doa adikk.
Deleteu can do n u can be at the top so dun worry keep trying...we are with you.....
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Terima kasih kak Aminah atas sokongan yang berterusan.
DeleteSaya memohon maaf atas kelewatan membalas komen-komen kalian semua yang mengambil masa 4 tahun. hahahha... Paling penting adalah membalas walaupun setelah sekian lama ikut pepatah orang putih "better late than never".
ReplyDelete